|
Assalamualaikum warrahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami kepada
semua warga malaysia di atas kesudian membantu pihak pentadbiran kami dan anak-anak di bawah jagaan kami dari masa kesemasa.
Untuk pengetahuan semua,
Saya singkapkan serba ringkas sejarah penubuhan rumah ini:
Rumah ini di tubuhkan oleh AJK lama yg di pengerusikan yang tidak menjalankan amanat meneruskan semua program bersama
AJK kuasa beliau atas nama Asrama Kasih Sayang Darul Fitrah pada awal Julai 2004. Oleh kerana banyak masalah yang di hadapi
seperti penyewaan rumah tertunggak sehingga beberapa bulan lamanya dan kanak2 disini makan nasi berlaukan kicap sahaja dan
tidak dapat di layan dengan sempurna. Kami mengambil anisiatif sendiri bagi mengumpulkan sukarelawan menganggotai ahli jawatan
kuasa baru yang terdiri dari Jemaah Surau dan Mesjid sekitarannya, dan badan2 korporat yang kerap kali membantu rumah ini
pada mulanya bagi menjalankan aktiviti memperkukuhkan persatuan ini. Pada 15hb Mei 2005 Jab. Kebajikan Masyarakat telah memberikan
kata putus untuk menutup Asrama ini, kerana banyak masalah yg di hadapi tidak di ambil perhatian serious oleh pentadbiran
yang lalu.. Oleh yang demikian pada tanggal 18 Mei 2005 satu AJK yang terdiri dari 12 orang telah bermesyuarat dan melantik
AJK bagi mengantikan dan mengendalikan rumah ini. Oleh kerana asrama ini tidak berdaftar dengan perdaftaran pertubuhan kami
mengambil anisiatif sekali lagi dengan mendaftar persatuan ini atas nama baru Penubuhan Kebajikan Rumah Silaturrahim Nurul
Qanaah. Terdapat 4 ketogeri kanak-kanak yang di ambil perhatian iaitu Kanak-kanak Yatim, Kanak-kanak terbiar, Kanak-kanak
Muallaf dan kanak-kanak miskin yang keluarga mereka tidak mampu mendidik dan menyekolahkan mereka buat masa ini.
Perkara-perkara yang telah di ambil perhatian dalam menyusun & mengemas kini pentadbiran selama 5 bulan lebih adalah
seperti berikut:
1. Memindahkan rumah pertubuhan ini kesatu kawasan / tempat yg lebih selesa, sesuai dan selamat di duduki yang sekarang
berpengkalan di No 34 A/B Jln 10 Taman Batu off Taman Greenwood, Bt Cave Gombak, Selangor.
2. Mencari dana kewangan semasa untuk keperluan harian / mingguan dan bulanan kanak-kanak di sini. Kami menanggaran kos
penyelenggaraan adalah sebanyak RM 10,000 sebulan di perlukan untuk operasi harian bagi menampung keperluan seperti sewaan
rumah, bas sekolah, Belanja sekolah, Bil Api / Air dll. Kerana dgn tiadanya pendapatan tetap dan saluran dari mana-mana pihak
oleh yang demikian kami memerlukan bantuan dari sesiapa juga yang ingin mengulurkan sumbangan terhadap pertubuhan ini. Dengan
sumbangan yang berterusan sahajalah rumah dan kanak-kanak ini mendapat penjagaan yang rapi dan teratur. Oleh yang demikian
saya menyeru kepada sesiapa sahaja untuk turut menjadi penyumbang baik dari segi peralatan ataupun kewangan bagi memastikan
ianya terus teraju bagi membela nasib kanak-kanak disini dari masa kesemasa. Kami juga telah pun membuka satu akaun bank di
BIMB cawangan Tabung haji yang mana salah seorang AJK rumah ini adalah pengurus kepada bank ini. Ini dapat di buktikan bahawa
dgn ketelusan kami menguruskan rumah ini terdapat 4 pemegang amanah dan penama yg terdiri dari saya sendiri, Setiausaha dan
kedua-dua bendahari adalah sebagai wakil bagi menandatagani setiap cek keluar masuk. Dan setiap pengeluaran akan di catat
bukan sahaja melalui buka lager atau buku simpan kira tetapi di dalam setiap minit mesyuarat mingguan kami. Keputusan yang
di buat bukan sahaja di tangan saya tapi kami selaku AJK semua bertanggungjawab membuat keputusan atas setiap apa aktiviti
yang kami jalankan dari masa kesemasa.
3. Kami juga telah mendaftarkan pertubuhan ini ke Jab. Perdaftaran Pertubuhan dan sekarang ini telah kelulusan dari pihak
terbabit. No pendaftaran Pertubuhan ini bernombor 1698-05-7. Dari daya usaha kedua-dua setiausaha kami, En Mohd Ishak Zainuddin
dan Hj Sujono proses ini dapat dijalankan dengan baik, tepat dan lancar.
4. Begitu juga ucapan yang tidak terhingga kepada pengelola atau penyelia rumah ini yakni Puan Esah yg tidak jemu-jemu
melayan karenah kanak-kanak ini hingga dan setiap tetamu yg hadir mengucapkan syabas atas disiplin yang tinggi yang di tunjukkan
oleh kanak-kanak di sini. Alhamdulillah
5. Saya juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin tampil bagi membantu dari segi tenaga bagi menyumbangkan buah fikiran
dan tenaga bagi mengisi borang yang di sediakan di halaman web ini bagi kita sama-sama membangunkan rumah ini dengan berterusan.
Perancangan kami bagi memastikan rumah ini terus beroperasi adalah:
1. Menyediakan tapak atau bangunan kekal untuk kanak-kanak rumah ini. Kami anggarkan RM 1.5 juta di perlukan bagi menyediakan
infrastruktur yang lengkap bagi keperluan mereka di asrama baru ini.
2. Kami bukan sahaja berharap dengan bantuan penderma-perderma tapi mengadakan satu perjanjian dengan mana-mana badan
berkanun, swasta atau kerajaan bagi menjalankan satu kerjasama yang erat bagi memanafaatkan dana kewangan kedua-dua belah
pihak.
3. Kami juga sedang mengemas kini carta organisasi kami dengan mengadakan biro-biro yg bertanggungjawab sepenuhnya dalam
setiap aktiviti rumah ini seperti biro pelajaran, biro agama biro pentadbiran dan sebagainya.
4. Harapan kami bukan sahaja badan kebajikan yang perlukan bantuan tetapi juga persatuan yg dapat membantu persatuan kebajikan
yang lain dalam menjana pengurusan yang cekap lagi telus. Membantu dari segi kewangan dan keperluan semasa harian mereka.
5. Mengadakan tukang masak terlatih bagi memberi makanan yg seimbang kepada semua kanak-kanak rumah ini.
6. Mengadakan sisi Kounseling dari masa kesemasa bagi mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh semua kanak-kanak rumah
ini.
7. Mengadakan kelas-kelas pengajian dan kelas tuisyen bagi meningkatkan prestasi akademik dan agama setiap pelajar disini.
Sesuai dengan motto dan cogan kata rumah ini berdikari berilmu dan bertaqwa.
Bagi pihak Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah, izinkan saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kami yang
tidak terhingga ke atas layanan, sumbangan semua rakyat Malaysia dalam membantu membangunkan rumah ini dari masa kesemasa
dan kami berjanji setiap sen yang di keluarkan oleh semua pihak akan kami gunakan dengan sebai-baik mungkin. Dan segala sumbangan
ikhlas dari semua hanya Allah SWT sahaja yang layak membalasnya di akhirat nanti. AMIN
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Yang Benar
Rosli Bin Abd Ghani
019-2252727
e-mail : rosli.abd.ghani@time.com.my

|