|
TUJUAN / MATLAMAT
Pertubuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan dan mentadbir Pusat Jagaan dan Rumah Perlindungan kanak-kanak yang
memerlukan perlindungan dan juga membuat peruntukan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau berkaitan dengannya
sepertimana yang terkandung di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994).
Pusat Jagaan dan Rumah Perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan oleh Pertubuhan ini akan menempatkan kanak-kanak di bawah
kategori berikut:
a) Anak-anak Yatim (anak-anak di bawah 18 tahun yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali)
b) Anak-anak dari Ibu Tunggal yang tidak berupaya untuk memberi penjagaan sempurna kepada anak-anak tersebut disebabkan
faktor-faktor kemiskinan, kesihatan, kecacatan fizikal atau mental atau sebab-sebab lain yang dirasakan munasabah oleh Jawatankuasa
c) Anak-anak terbiar iaitu anak-anak yang tidak mendapat penjagaan sempurna dari ibu-bapa atau penjaganya disebabkan oleh
faktor perceraian, kemiskinan, kesihatan, kecacatan fizikal atau mental atau sebab-sebab lain yang dirasakan munasabah oleh
Jawatankuasa.
d) Anak-anak Saudara Baru (Mualaf) iaitu anak-anak dari saudara baru atau mualaf yang tidak mendapat penjagaan atau pendidikan
agama yang sempurna dari ibu-bapa atau penjaga mereka kerana tidak mempunyai asas dan ilmu pengetahuan yang mencukupi ataupun
disebabkan oleh kurang kemampuan ibu-bapa atau penjaganya untuk menghantar anak-anak ini ke institusi pendidikan yang sewajarnya.
Pertubuhan ini juga ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti amal seperti mengadakan kutipan derma atau ’fund
raising’, seperti penganjuran majlis makan malam, malam persembahan serta aktiviti sosial lainnya yang bertujuan
untuk mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan dan pentadbiran rumah perlindungan / jagaan ini serta menjalankan aktiviti
Pertubuhan.
|
|
| ika and norshah posing for a shot!!! |
| lets give all of them a great helping hand ... |
|
|
| Ika posing for a shot |
|